Introduction
Menurut Kamus Dewan, budi membawa maksud perangai, tingkah laku, watak, sifat atau perbuatan baik.
Akal pula membawa maksud fikiran, daya upaya, ikhtiar.
Oleh itu, berakal budi memberi maksud mempunyai fikiran yang sihat. Dalam erti kata yang mudah, seseorang yang berakal budi selalu bijak dan cerdas. Dia mempunyai visi atau matlamat dalam kehidupannya.Bagi mencapai matlamat itu, orang yang berakal budi itu akan sentiasa berikhtiar dan mencari ilmu agar dapat menangani sesuatu masalah atau kesulitan dalam hidupnya dengan cara yang kreatif dan adil.
Sebaliknya, sebagai orang yang berakal budi, kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mempunyai sifat-sifat yang membuat kita lemah akal. Seseorang yang lemah seringkali mempamerkan sikap-sikap yang penuh dengan tipu muslihat, liar dan sentiasa terdorong untuk melakukan kejahatan. Hal ini berlaku kerana sikap malas berfikir dan pentingkan diri sendiri.
Task
Kamu perlu menghasilkan sebuah rakaman video berdasarkan topik yang telah diberi iaitu 'Berhati Budi'.
Video itu haruslah memaparkan nilai-nilai yang berkaitan dengan topik ini.
Video itu tidak boleh melebihi seminit.
Process
Cari maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan topik kumpulan kamu. Gunakan pautan yang tersenarai di bawah ini.
2. Catitkan maklumat-maklumat penting di templat yang disediakan.
3. Bincangkan jalan cerita yang sesuai untuk menunjukkan nilai yang telah kamu kaji.
4. Rakamkan lakonan kamu itu dengan menggunakan fungsi video dalam iPad.
Evaluation
Pastikan kumpulan kamu telah melakukan hal-hal berikut semasa melakukan tugasan ini.
| Ya | Tidak | |
|---|---|---|
|
1. Setiap anggota kumpulan harus terlibat dalam pembikinan video secara aktif. |
||
|
2. Video yang dihasilkan tidak boleh melebihi satu minit.
|
||
|
3. Kumpulan kamu telah menggunakan laras bahasa yang sesuai.
|
Conclusion
Syabas!
Kumpulan kamu telah berjaya menghasilkan sebuah video yang memaparkan nilai berhati budi.
Amalkan nilai ini dalam kehidupan kamu.