Berbudi Pekerti

Introduction

Berbudi (kata dasar budi) bermaksud berakal, bijaksana, berkelakuan baik, sopan, murah hati, baik hati mahupun pemurah.

Pekerti pula bermaksud tingkah laku, tabiat atau perangai.

 

Oleh itu, berbudi pekerti bermaksud kelakuan, perbuatan, tindakan serta akhlak yang baik, mulia dan terpuji. Maka, seseorang yang dikatakan berbudi pekerti bermaksud dia mempunyai akal pemikiran yang baik dan hanya melakukan perkara-perkara yang positif sahaja, baik dari segi pertuturan mahupun perbuatan.

 

Di antara hal atau nilai yang berkaitan dengan berbudi pekerti ialah seseorang itu haruslah peka atau prihatin terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya, bertanggungjawab di atas perbuatannya, suka menolong, bersikap ramah dan penyayang, dan juga seorang yang dermawan. Dia juga haruslah berwibawa (mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang serta berani untuk berkuasa dan berhak untuk mengeluarkan perintah) dan sentiasa berlaku adil.

Task

Kamu perlu menghasilkan sebuah rakaman video berdasarkan topik yang telah diberi iaitu 'Berbudi Pekerti'.

 

Video itu haruslah memaparkan nilai-nilai yang berkaitan dengan topik.

 

Video itu tidak boleh melebihi seminit.

Process

1. Cari maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan topik kumpulan kamu. Gunakan pautan yang tersenarai di bawah ini.

2. Catitkan maklumat-maklumat penting di templat yang disediakan.

3. Bincangkan jalan cerita yang sesuai untuk menunjukkan nilai yang telah kamu kaji.

4. Rakam lakonan kamu itu dengan menggunakan fungsi video dalam iPad.

Evaluation

Pastikan kumpulan kamu telah melakukan hal-hal berikut semasa melakukan tugasan ini.

  Ya      Tidak

1. Setiap anggota kumpulan harus terlibat dalam pembikinan secara aktif.

   
2. Video yang dihasilkan tidak boleh melebihi satu minit.    
3. Kumpulan kamu telah menggunakan laras bahasa yang sesuai.    

 

Conclusion

Syabas!

Kumpulan kamu telah berjaya menghasilkan sebuah video yang memaparkan nilai berbudi pekerti.

Amalkan nilai ni dalam kehidupan kamu.

Credits

Pautan-pautan yang telah digunakan 

1. Budi Pekerti

http://mallowmallowss.blogspot.sg/2016/01/budi-pekerti.html

2. Penerapan Fungsi Etika dan Budi Pekerti di Masyarakat 

http://pgsd-pgsd.blogspot.sg/2014/10/penerapan-fungsi-etika-dan-budi-pekerti.html

3. Penanaman Budi Pekerti Dalam Keluarga

http://ipabi.org/penanaman-budi-pekerti-dalam-keluarga/