Introduction
Berbudi (kata dasar budi) bermaksud berakal, bijaksana, berkelakuan baik, sopan, murah hati, baik hati mahupun pemurah.
Rupa pula bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar atau sifat sesuatu pada lahirnya
Oleh itu, berbudi rupa bermaksud penampilan baik, mulia dan terpuji. Maka, seseorang yang berbudi rupa bolehlah dikatakan sebagai seseorang cantik rupawan.
Di antara hal atau nilai yang berkaitan dengan berbudi rupa adalah sikap lemah lembut seseorang itu semasa bergaul dengan anggota masyarakat yang lain, sikap sopan dan elok yang dapat mempamerkan jati diri seorang Melayu dan mementingkan tabiat sentiasa kemas dan sihat.
Task
Kamu perlu menghasilkan sebuah rakaman video berdasarkan topik yang telah diberi iaitu 'Berbudi Rupa'.
Video itu haruslah memaparkan nilai-nilai yang berkaitan dengan topik.
Video itu tidak boleh melebihi seminit.
Process
1. Cari maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan topik kumpulan kamu. Gunakan pautan yang tersenarai di bawah ini.
a) Sopan Santun dalam kehidupan sehari-hari
b) Cara-cara menjaga Kebersihan diri
c) Kepentingan Menjaga Kesihatan
2. Catitkan maklumat-maklumat penting di templat yang disediakan.
3. Bincangkan jalan cerita yang sesuai untuk menunjukkan nilai yang telah kamu kaji.
4. Rakam lakonan kamu itu dengan menggunakan fungsi video dalam iPad.
Evaluation
Pastikan kumpulan kamu telah melakukan hal-hal berikut semasa melakukan tugasan ini.
| Ya | Tidak | |
|---|---|---|
|
1. Setiap anggota kumpulan harus terlibat dalam pembikinan secara aktif. |
||
| 2. Video yang dihasilkan tidak boleh melebihi satu minit. | ||
| 3. Kumpulan kamu telah menggunakan laras bahasa yang sesuai. |
Conclusion
Kumpulan kamu telah berjaya menghasilkan sebuah video yang memaparkan nilai berbudi pekerti.
Amalkan nilai ini dalam kehidupan kamu.