Berhati Budi

Introduction

Menurut Kamus Dewan, budi membawa  maksud  perangai, tingkah laku, watak, sifat atau perbuatan baik

Hati pula membawa maksud dalam batin atau jiwa , tempat perasaan dan pengertian

Oleh itu, Berhati Budi memberi maksud mempunyai jiwa, rohani dan hati yang mulia. Seseorang yang berhati budi secara semula jadinya akan menunjukkan perwatakan dan tingkah laku yang baik kerana perkara itu wujud dari dalam jiwa dan rohaninya. Sifat itu tidak perlu dipaksa atau disuruh. 

Dalam erti kata yang mudah, seseorang yang berhati budi selalu ikhlas dalam setiap perbuatannya tanpa mengharapkan balasan dan akan menjalani kehidupan dengan sabar dan jujur. Dia sentiasa  menunjukkan sikap ihsan dan penyayang terhadap orang di sekelilingnya. Dia juga seorang yang berani, taat dan setia namun pada masa yang sama sentiasa berhati-hati. Seseorang yang berhati budi juga ialah seseorang yang taqwa dan mempunyai iman yang teguh. 

Task

Kamu perlu menghasilkan sebuah rakaman video berdasarkan topik yang telah diberi iaitu 'Berhati Budi'.

 

Video itu haruslah memaparkan nilai-nilai yang berkaitan dengan topik ini.

 

Video itu tidak boleh melebihi seminit.

Process

Cari maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan topik kumpulan kamu. Gunakan pautan yang tersenarai di bawah ini.

2. Catitkan maklumat-maklumat penting di templat yang disediakan.

3. Bincangkan jalan cerita yang sesuai untuk menunjukkan nilai yang telah kamu kaji.

4. Rakamkan lakonan kamu itu dengan menggunakan fungsi video dalam iPad.

Evaluation

Pastikan kumpulan kamu telah melakukan hal-hal berikut semasa melakukan tugasan ini.

  Ya      Tidak

1. Setiap anggota kumpulan harus terlibat dalam pembikinan video secara aktif.

   
2. Video yang dihasilkan tidak boleh melebihi satu minit.    
3. Kumpulan kamu telah menggunakan laras bahasa yang sesuai.    
Conclusion

Syabas!

Kumpulan kamu telah berjaya menghasilkan sebuah video yang memaparkan nilai berhati budi.

Amalkan nilai ni dalam kehidupan kamu.

Credits